Peraduan Ulasan Sistem Niagakit adalah anjuran Flarebiz Network

Kali ini saya mengambil peluang untuk menyertai Peraduan Ulasan Sistem Niagakit adalah anjuran Flarebiz Network.

Saya tertarik dengan konsep Sistem Niagakit ini. Harganya berpatutan dengan ekonomi pengusaha online tempatan berbanding harga kedai online yang ditawarkan oleh webmaster  designer lain yang mencecah sehingga puluhan ribuan ringgit.  Cuma RM 999.00 untuk Sistem Niagakit tersebut tetapi tidak termasuk header dan sebagainya untuk mencantikkan lagi Website berkenaan dan juga tidak termasuk kos khidmat sokongan, tema, hosting dan domain. Walaubagaimanapun saya masih lagi tidak mampu untuk memilikinya buat masa sekarang. Mungkin satu hari nanti saya akan memilikinya juga sekiranya ada rezeki. Mudah-mudahan. InsyaAllah.

Saya mempunyai ulasan tersendiri mengenai Sistem Niagakit ini. Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, kita perlu tahu bagaimana  cara untuk menjalankan marketing dengan lebih berkesan lagi. Memiliki kedai online tersendiri adalah satu teknik permasaran yang berkesan jika kita tahu caranya. Dalam dunia marketing online ini, saya bukannya seorang yang pakar dalam bidang ini. Ssaya cuma ada sebuah laman web biasa sahaja untuk memprosikan produk fizikal yang saya jual. Boleh klik link di bawah untuk mengetahui produk yang saya jual.

Share Peraduan Ulasan Sistem Niagakit adalah anjuran Flarebiz Network


Panduan Memilih Isteri

www.iluvislam.com

oleh : Mohd Sukri Othman

Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah.” (Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)

Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu?

Gadis itu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah. Walaupun begitu, perkataan ‘gadis’ juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar ‘sudah tiada gadis’ atau ’sudah tiada dara’. Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.

Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita. Semasa inilah seseorang wanita itu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa inilah wanita itu mula dipanggil ‘bergetah’ jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno. Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda. Ada gadis yang ‘boleh tahan’ dan ada gadis yang ‘tak boleh tahan’. Gadis yang ‘boleh tahan’ biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita. Yang ‘tak boleh tahan’ pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis ‘tak boleh tahan’ ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.

Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis. Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian. Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.

Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim. – Hadis Rasulullah riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.

Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis. Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita, terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis itu teruk perangainya atau sudah ternoda.

Walaupun ‘mata yang belum berisi pengalaman’ itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini.

Share Panduan Memilih Isteri


Pesanan Untuk Lelaki


“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah.”
  • Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
  • Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. wanita ini sering menyatakan,”Aku membuat itu keranamu”.
  • Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
  • Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
  • Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
  • Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazali..

Oleh Hamidah Mat harun @remajamasjid@yahoogroup

Share Pesanan Untuk Lelaki


Malam pertama…

Malam pertama…
Malam itu ialah Malam Pertama Di Alam Kubur
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?

Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk
orang-orang selain darimu?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat
teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari
dunia fana ini ke kuburan?
Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau
Penuh Derita dan Sengsara?”
Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu
nanti di alam kubur?
Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan.

Share Malam pertama…


Keredhaan Allah Terletak Pada Keredhaan Ibubapa

Rasullullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.[1]

Hadis ini membenarkan apa yang disebut sebelum ini, bahawa hubungan seorang anak dengan ibubapanya memiliki kaitan dengan hubungannya kepada Allah. Jika seorang anak berbuat baik kepada kedua ibubapanya sehingga mereka redha kepadanya, maka Allah juga redha kepada anak tersebut. Akan tetapi jika seorang anak tidak berbuat baik sehingga menimbulkan kemurkaan ibubapanya, maka Allah juga murka kepadanya.

Walaubagaimanapun hendaklah diperhatikan bahawa apa yang meredhakan ibubapa tidak mengakibatkan kemurkaan Allah. Maksud saya, jangan melakukan sesuatu yang merupakan maksiat kepada Allah dalam rangka berbuat baik kepada ibubapa. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengingatkan:

Menjadi kewajipan seorang muslim untuk mendengar dan taat dalam perkara yang disukai mahupun yang dibenci selagi mana ia tidak melibatkan maksiat. Maka jika disuruh untuk melakukan maksiat maka tidak perlu mendengar dan tidak perlu mentaatinya.[2]

Share Keredhaan Allah Terletak Pada Keredhaan Ibubapa


Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes
Please visit WP-Admin > Options > Snap Shots and enter the Snap Shots key. How to find your key UA-11913625-2