• Home
  • About
  • Advertising
  • Link
  • MP3
  • Plugin
  • Sitemap
  • Special Offer!!
  • Contact

Pesanan buat diriku yang sering lupa!!

Archive for the Renungan Category

0

Keredhaan Allah Terletak Pada Keredhaan Ibubapa

March 7, 2010 Artikel Pilihan, Muhasabah Diri, Peringatan, Renungan

Rasullullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.[1]

Hadis ini membenarkan apa yang disebut sebelum ini, bahawa hubungan seorang anak dengan ibubapanya memiliki kaitan dengan hubungannya kepada Allah. Jika seorang anak berbuat baik kepada kedua ibubapanya sehingga mereka redha kepadanya, maka Allah juga redha kepada anak tersebut. Akan tetapi jika seorang anak tidak berbuat baik sehingga menimbulkan kemurkaan ibubapanya, maka Allah juga murka kepadanya.

Walaubagaimanapun hendaklah diperhatikan bahawa apa yang meredhakan ibubapa tidak mengakibatkan kemurkaan Allah. Maksud saya, jangan melakukan sesuatu yang merupakan maksiat kepada Allah dalam rangka berbuat baik kepada ibubapa. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengingatkan:

Menjadi kewajipan seorang muslim untuk mendengar dan taat dalam perkara yang disukai mahupun yang dibenci selagi mana ia tidak melibatkan maksiat. Maka jika disuruh untuk melakukan maksiat maka tidak perlu mendengar dan tidak perlu mentaatinya.[2]

Read More

Share Keredhaan Allah Terletak Pada Keredhaan Ibubapa

0

10 Pesanan Berguna untuk Kehidupan

March 6, 2010 Artikel Pilihan, Iman, Peringatan, Renungan

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah
diri.

2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

Read More

Share 10 Pesanan Berguna untuk Kehidupan

0

Kematian itu pasti..

March 6, 2010 Kematian, Kisah hidup aku, Peringatan, Pesanan, Renungan

Salam takziah buat ibu yang telah pergi ke rahmatullah pada hari selasa jam 11.15 malam 2 march 2010 di usia 54 tahun. Tika itu aku tiada di sisinya. Ibu telah pergi bertemankan seorang adik dan ibu saudara di dalam sebuah ambulans dalam perjalanan ke rumah. Hanya tinggal anakmu ini sahaja tidak sempat untuk menghulurkan salam kemaaafan buat kali terakhir.  Semoga ibu telah ampunkan segala kesalahanku padanya. Rinduku padamu masih bersisa. Teringatkan segala pengorbananmu membesarkan aku dan anak-anakmu yang lain. Semoga ibu diampunkan segala dosa dan ditempatkan bersama orang yang beriman.

Abah juga telah pergi jam 10.20 malam pada hari rabu 29 Dsember 2004  pada usia 56 tahun. Telah 6 tahun berlalu. Kini aku tidak punya mak dan abah lagi. Hanya doa untuk mereka yang mampu kulakukan. Semoga mereka selamat bersama orang-orang yang beriman. Kematian itu pasti. Aku juga akan melalulinya juga nanti. Terasa kerdilnya diri ini. Keredhaan darimu Ilahi juga aku harapkan. Semoga aku juga mati dalam keadaan iman. InsyaAllah. Jika aku dikalangan orang terpilih.

Read More

Share Kematian itu pasti..

2

Pesanan buat dirimu yang sering lupa….

March 1, 2010 Aurat, Dakwah, Haram, Iman, Larangan, Muhasabah Diri, Renungan, Wanita

Hadith :

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat) dengan perempuan, melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga.”

(at-Tirmidzi)

Huraian:

1. Wanita adalah dilarang berkhalwat dengan lelaki yang bukan muhrimnya di mana berkhalwat tidak semestinya berlaku di dalam rumah sahaja tetapi ia juga boleh berlaku di tempat-tempat yang sunyi tanpa dihadiri atau dilihat oleh orang ramai seperti di taman, tasik, pejabat dan sebagainya.

2. Khalwat yang diharuskan oleh Islam adalah khalwat dalam ertikata ‘mengasingkan diri daripada orang ramai untuk tujuan beribadah kepada Allah S.W.T’ sepertimana yang berlaku pada Rasulullah s.a.w. yang berkhalwat di Gua Hira’. Baginda menjauhkan diri daripada masyarakat jahiliyah untuk melakukan ibadah kepada Allah.

3. Syaitan merupakan makhluk yang bijak. Selagi ada kesempatan yang terluang, ia akan menggoda manusia untuk melakukan perbuatan yang terkutuk. Oleh itu kita hendaklah sentiasa berwaspada. Jangan sekali-kali menghampiri pintu yang menghumban ke neraka seperti melakukan khalwat yang akhirnya menjebakkan diri kepada zina dan sebagainya.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Share Pesanan buat dirimu yang sering lupa….

« Previous Entries  

Subscribe

ENTER YOUR EMAIL HERE

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Categories

Support us!!

5577 Studio | DesignDeepBlueLense 5577 Studio

RSS Pesanan buat diriku yang sering lupa!!

  • Malam pertama…
  • Keredhaan Allah Terletak Pada Keredhaan Ibubapa
  • 10 Pesanan Berguna untuk Kehidupan
  • Kematian itu pasti..
  • Pesanan buat dirimu yang sering lupa….

Jadillah Peminat

Popular Posts

  • Entry terbaik pilihan jur...: Hidup Berani Untuk Gagal apa entri pilihan ANDA Posted
  • Keputusan Entri Popular H...: Rasanya.. ada yang kurang jika Sueella tidak postkan en
  • Menggapai Petunjuk Ilahi: Secara rohani, petunjuk Tuhan (hidayah) dapat dipandang
  • Jangan Bersedih: Keindaha...: Keindahan Sifat Sabar Bersabar merupakan ciri o

Archives

  • March 2010
  • February 2010
  • January 2010
  • December 2009
  • November 2009
  • October 2009
  • January 2009
  • December 2008
  • November 2008
  • September 2008
  • July 2008
  • June 2008

Join mybloglog!!

Network Blog

Follow this blog
[Valid RSS]

Google FriendsConnect

Blogcatalog

Counter Visitors

  • 17Today:
  • 71Yesterday:
  • 467Last Week:
  • 7133Total Visitors:
  • 2Pelawat Online:
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes
Design by Payday Loans Online and Coded by Online Payday Loan.